Program Jangkau Luar (Outreach) Astro
Pihak Astro, dengan kebenaran JPNS akan mengadakan Program Jangkau Luar (Outreach) di SMK Serianpada hari Rabu, 27.01.2010, dari jam 0800 hingga 1400. Program tersebut akan diadakan di kawasan letak kereta (dengan kanopi) bersebelahan dewan makan. Pihak Astro akan mengadakan pameran dalam Trak Kampus Astro (sebuah kontainer). Selain itu, pameran juga akan diadakan diluar kontainer tersebut.
Program ini bermula pada tahun 2009 dan dijalankan di tiga lokasi iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Bagi setiap sekolah yang dilawati oleh pihak Kampus Astro, pihak Astro akan menghadiahkan sekolah berkenan dengan satu seT TV Plasma dengan decoder.
Objektif Program ini:
- Berkongsi pengetahuan atau maklumat yang ada di kampus Astro, memberi manfaat kepada pelsajar-pelajar sekolah terutamanya Sekolah Menengah (Ting 1)
- Promosi kampus Astro
Antara aktiviti ialah:
1. Demonstrasi Sains oleh Pusat Sains Negara
2. Pameran TVIQ (eksperimen Sains)
3. Pameran History Channel (Electric Dreams)
4. Pameran National Geographic (Tornado / air pancutan)
5. Pameran Disney (Phineas & Ferb minda kreatif) 6. Aktiviti Astro Ceria (segmen soal jawab)
7. Aktiviti Discovery (permainan komputer interaktif)
6. Aktiviti Kuiz & soalan trivia
KUMPULAN SASARAN
ktiviti ini sesuai untuk pelajar menengah rendah. Memandangkan bilangan pelajar kita yang ramai, keutamaan aktiviti ini diberikan kepada pelajar menengah rendah asrama.
Aktiviti diselaraskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Serian.